Saturday, November 20, 2010

BUKAN PINTAKU 10


Pintu pejabatnya dibuka. Matanya meliar mencari kelibat Suria. Kawannya itu bukannya pandai nak datang kerja awal. Sibuknya mengalahkan ada anak sepuluh. Bila ditanya ada sahaja jawapan dan alasannya datang lambat . Keluhan kecil terluah juga bila memikirkan kerenah Suria . Perangai gila-gila kawannya itu kadang kala dapat juga menghiburkan hati.

Rutin hariannya bila sampai ke pejabat segera dilakukan. Sebelum memulakan tugas sebenarnya, dia segera membersihkan ruangan pejabat . Walaupun dia seorang eksekutif, dia tidak ralat unuk melakukan kerja-kerja lain. Kerja di syarikat yang tak berapa besar terpaksa lah semua jawatan disandang. Tukang cuci, tukang jawab telefon, tukang angkat barang semuanya dilakukan tanpa perlu diarah .

“Assalamualaikum.....” Puan Zahlia sudah terpacul di pintu pejabat.

“Waallaikumsalam....awalnya bos masuk pejabat hari ni?”

“Ahaa.....hari ni saya ada banyak kerja nak buat, nanti awak tolong saya Mas.” Mas menganggukkan kepalanya.

“Bos nak minum ke ? Saya boleh buatkan air.”

“Tak pe. Saya dah minum kat rumah tadi. Mas, malam ni awak temankan saya boleh tak?”

“Temankan bos. Buat apa, kemana?” Wajah bosnya dipandang. Tak pernah bosnya berkerja sampai malam, ada yang tak kena ke?

“Malam ni Mr Goh ada buat party, dia jemput kita semua hadir. Tak pergi saya rasa tak patut pula, dia kan banyak tolong saya dalam business ni Mas. Awak ikut saya ye....datang dengan Suria nanti.”

“Yelah bos.....malam ni kita jumpa kat sana. Nanti saya beritahu Suria.”

“Okey.....awak boleh sambung kerja awak semula.” Puan Zahlia tersenyum manis.

Mas mengaru kepalanya yang tidak gatal. Hendak menolak ajakan Puan Zahlia terasa tak patut pula. Bukannya selalu mereka ke majlis-majlis seperti itu. Harap-harap Suria dapat ikut sama, adalah dia teman semasa kat sana nanti.


*******

“Cepatlah Su.....kau ni. Nanti tak pasal-pasal bos kita tu membebel.” Suria tidak mempedulikan Mas, dia masih lagi leka menilik wajah pada cermin kecil di tangannya.

“Alah.....sudah la tu, dah cantik dah kau ni. Tak yah nak tilik-tilik. Takdenya muka kau tu nanti bertukar jadi muka Dato Siti Nurhaliza.” Mas menarik cermin kecil di tangan Suria. Tanpa mempedulikan Suria yang sudah menarik muncungnya, cermin itu disimpan. Lagi dibiarkan aksi Suria tu makin lambatlah mereka nanti.

“Eh Mas.....tu hah bos kesayangan kau tu . Dah sampai pun dia, jom la cepat. Bos kita dah melambai-lambai tu.” Dari jauh kelihatan Puan Zahlia sedang melambai-lambai mereka.

“Cantik sungguh bos kita malam ni Su.”

“Eh...jomla. Kau ni lembab betul la Mas.” Suria terus keluar dari kereta. Mas terlopong mendengar kata-kata Suria. Ada ke dia yang dikatakan lembab. Sendiri yang buat lambat tak nak mengaku.
“Hah.....sampai pun kamu. Saya ingat tak jadi datang tadi. Jom la masuk sekali.” Mas dan Suria hanya mengangguk dan mengekori langkah bosnya. Ke mana bosnya pergi, kat situlah mereka melekat.

“Mas, Su....pergilah ambil makanan. Nanti datang ke sana, duduk dengan saya. Saya nak jumpa kawan saya kejap.”

“Baiklah bos....ikut perintah.” Suria membalas kata-kata Puan Zahlia sambil ketawa. Seronok agaknya dapat mengenakan bos mereka.

Selesai mengambil makanan Mas dan Suria terus menghampiri Puan Zahlia. Tak sabar rasanya nak makan, perut pun dah mula nyanyi lagu keroncong ni.

“Mas , Su.....sini saya kenalkan kawan saya.” Bagaikan ternampak hantu wajah Mas pucat tidak berdarah, Suria pula terlopong mulutnya bagaikan tidak percaya memandang dua makhluk di depan mereka.

“Ini kawan saya masa di universiti. Yang ini Amran dan yang ni pula Musa.” Satu persatu Puan Zahlia memperkenalkan kawan-kawannya. Langsung dia tidak perasan wajah pucat Mas dan aksi terkejut Suria.

“Hai......saya Amran.” Amran menghulurkan tangannya. Salamnya disambut Suria dan juga Mas.

“Saya Musa. Inilah pekerja Zahlia rupanya.” Musa pula menghulurkan tangannya. Salamnya tetap disambut Suria tapi Mas hanya tersenyum dan menganggukkan sedikit kepalanya. Tidak mungkin dia menyambut salam lelaki yang bukan muhrimnya.

Musa yang faham tersenyum, namun perlakuan itu bagaikan pelik di mata Zahlia. Kenapa Mas menyambut salam Amran tapi membiarkan salam Musa.
“Hah Am, aku dengar kau dah kawin lagi ye. Tak jemput aku pun. Mana isteri kau, tak nak kenalkan pada aku ke?” Kata-kata Zahlia bagaikan petir di telinga Mas. Amran pula hanya tersengih.

“Bos. Kami pergi sana ye. Bos sembang la dulu.” Suria mencelah. Perasan akan Mas yang nampaknya tidak selesa di situ. “Jom Mas, kita duduk sana.”

Mas hanya mengikut Suria yang sedang menarik tangannya. Dia bagaikan hilang punca bila berhadapan dengan Amran. Betullah agaknya, Johor Bharu ni kecil sangat. Kat sini pun dia masih boleh bertembung dengan Amran. Manusia yang sering dielak untuk dia jumpa. Tapi wajah inilah juga yang semakin kerap muncul di depannya sekarang.

“Kau okey tak Mas?” Mas hanya mengangguk menjawab pertanyaan Suria. Okey kah dia? Dia tak okey sebenarnya. Makin tak tentu arah bila perasan Amran masih lagi leka memerhati mereka. Tak de tempat lain ke yang hendak dipandang, kenapa mata itu asyik ke sini sahaja.

“Su. Aku nak duduk kat luar sekejap. Tak selesa la kat sini.”

“Yelah. Mas....kau nak aku temankan ke?” Riak wajah Suria masih lagi sama. Bimbang akan kawannya itu, sakit hati pula bila memandang wajah selamba Amran.

“Tak pe. Kalau kau keluar susah pula bila bos kita cari. Aku okey. Kau jangan risau. Aku keluar dulu. Sekejap je. Nanti aku masuk semula.”

“Mas....sabar ye. Aku tahu kau tak okey sekarang.”

“Yelah. Dah. Aku keluar dulu.” Suria hanya memandang Mas yang sudah menghilangkan diri. Biarlah, mungkin cara itu dapat menolong Mas lari dari pandangan mata Amran.

*********

Mas duduk di bangku di halaman rumah Mr Goh. Cantik taman mini rumah ni. Sesuai dengan rumah yang besar. Letak dan susun atur pokok-pokok pun nampak cantik sahaja pada pandangan matanya. Selesa sungguh berada di sini. Bukannya dia tidak suka berada bersama tetamu lain , tapi berada di sana dia rasa sesak nafas. Tak tahu apa yang perlu dibuat , lagipun dia memang tidak suka menghadirkan diri untuk party seperti ini. Kalau bukan kerana ajakan bosnya tak mungkin dia hadir ke majlis begini.

“Jauh melamun....tak sejuk ke duduk kat luar ni?” Mas tersentak mendengar suara garau di belakangnya. Terkejut dia bukan kepalang, diurut sedikit dadanya yang berdegup kencang. Pantas dia berpaling. Matanya disuakan wajah Amran yang sedang tersenyum, mungkin kelakar melihat aksi dia terperanjat tadi.

“Maaf . Saya tak sengaja. Awak terkejut ke takut ni Mas?”

“Encik Amran. Lain kali cubalah bagi salam ke apa dulu. Kalau saya ada sakit jantung agaknya dah mati saya tadi. Kesian anak-anak saya kat rumah tu, kecil-kecil dah jadi anak yatim piatu.”

Amran tergelak. Walaupun tidak kuat tapi gelak itu cukup menyakitkan hati Mas. Lancang pula mulutnya membalas kata-kata Amran tadi.

“Apasal pula awak gelak ni. Kelakar ke apa yang saya cakap tadi.” Mas memandang Amran yang sudah tegak berdiri di depannya.

“Kelakar la juga. Kalau awak mati jadi duda la saya ni. Duda anak dua .” Selamba Amran menunjukkan dua jari sambil menyambung gelaknya.

“Boleh saya duduk kat sebelah awak ni Puan Masliana.” Amran terus duduk. Tanpa sempat mendengar jawapan boleh atau tidak dari Mas.

“Memang kurang ajar betul lelaki ni.” Mas mengomel sendirian.

“Tak baik awak kutuk suami sendiri tau.” Amran yang terdengar omelan Mas membalas. Minuman di tangannya diteguk sedikit demi sedikit. Tidak sedikitpun dia menghiraukan Mas yang sedang pelik memandangnya.

“Kenapa pula awak duduk kat sini? Kawan-kawan awak kan kat dalam tu.” Mas menjarakkan sedikit duduknya dari Amran. Sedikit tidak selesa bila Amran selamba sahaja duduk di sebelahnya. Rapat, sehingga dapat dirasa hangat tubuh Amran di bahunya.

“Suka hati saya la nak duduk kat mana pun. Yang awak pula kenapa duduk sini? Kesian saya tengok kawan awak sorang-sorang kat dalam tu.” Amran tersenyum. Entah kenapa dia rasa senang mengenakan Mas malam ini.

Dari tadi dia memang sengaja mencari peluang untuk menghampiri isterinya itu. Isteri?? Ya....dia suka sangat bila Mas menyambut salamnya tadi. Hatinya semakin berbunga riang bila dengan selamba Mas menolak salam yang dihulur Musa, perlakuan yang langsung tidak terlintas di fikirannya.
Dan kalaulah Mas tahu dia memerhatikan Mas sedari tadi pasti dia malu besar. Tiada angin, tiada ribut terasa sangat dia ingin mendekati Mas malam ini.

“Dah lama awak kerja dengan Linda.” Amran bersuara bila masing-masing hanya mendiamkan diri.

“Lama la juga . Bos saya tu kawan baik awak ke Encik Amran?”

“Aaahh.....kawan . Baik ke tak, tak pasti la pula saya. Kami berkawan pun masa sama-sama belajar kat universiti dulu. Dah lama tak jumpa. Tak sangka pula boleh jumpa semula kat sini.” Mas hanya mengangguk. Pelik pula bila dirasakan Amran terlalu ramah malam ni. Sebaris ayat yang ditanya, dua tiga baris ayat yang dijawab.

“Awak apa khabar? Anak-anak sihat?” Mas mengerutkan keningnya. Pelik sungguh Amran ni. Kena sampuk ke?

Mas memalingkan mukanya. Memandang Amran yang nampaknya selesa menyandarkan badan pada bangku yang mereka duduki. Sesekali dilihat Amran bagaikan asyik menyisip minuman di tangannya . Sedap sangat ke air tu.....? Tanpa sengaja, Mas mencebikkan mulutnya.

“Dah puas awak tilik wajah saya. Kacak kan saya ni? Cantik muka awak bila buat mulut macam tu...” Amran tersenyum lagi, seronok dapat mengusik Mas.

“Huh....awak jangan nak perasan la Encik Amran. Tak de la kacaknya pun, tapi saya ni memang la cantik, comel sentiasa.” Kata-kata Mas mengundang gelak Amran. Mas mengaru kepalanya yang tidak gatal. Memang lelaki yang di sebelahnya pelik sekarang.

“Awak......betul ke awak ni Amran bin Hasyim . Saya salah orang ke ni? Seingat saya, Amran yang saya kenal tak macam ni.”

“Amran yang awak kenal macam mana? Betul ke awak dah kenal Amran tu?” Soalan Mas dijawab dengan soalan. Amran sengaja membiarkan Mas tertanya-tanya. Dia sendiri pun pelik, hatinya gembira betul sekarang. Rasa senang pula dapat bersembang dengan Mas. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut Mas bagaikan membawa pergi semua resah hatinya, digantikan dengan bunga-bunga ceria.

Mas hanya mengelengkan kepalanya. Bahunya dijongket menandakan dia tiada jawapan pada soalan itu. Betul, dia bukannya kenal Amran, siapa Amran, perangai Amran . Mereka hanya bertemu beberapa kali sahaja, tanpa bualan panjang dan tidak pernah mahu mengenali hati budi masing-masing.

“Awak belum jawab soalan saya tadi. Awak dan anak-anak apa khabar?” Amran melarikan anak matanya ke wajah Mas. Lama dia menghayati keindahan ciptaan tuhan yang sudah sah dimiliki di depannya. Badannya dipalingkan menghadap Mas di sebelahnya, tangannya pula dinaikkan ke atas bangku seolah dia sedang memeluk belakang Mas .Dia tersenyum bila melihat jari-jari Mas yang asyik memintal-mintal tali beg tangan di ribanya.

“Kami okey.” Cukuplah jawapan itu, tiada beza dia okey atau tidak pada Amran.

“Okey je....? Awak tak selesa ye berduaan dengan saya ni? Seronok sangat ke awak dok pintal-pintal tali beg tu?”

Mendengar suara Amran yang begitu hampir di telinganya segera Mas memalingkan mukanya menghadap Amran. Pandangan mereka bertembung. Seketika mereka bagaikan hanyut dibuai perasaan. Lupa di mana mereka berada. Lupa siapakah mereka dia saat ini. Indahnya perasaan yang wujud di hati, kalaulah masa boleh dihentikan. Kalaulah saat ini akan kekal selama-lamanya. Kalaulah perasaan ini boleh menjadi kenyataan. Ahh.....kalaulah..........

Mas menundukkan wajahnya. Tidak sanggup memandang Amran di hadapanya. Terasa wajahnya memerah. Malunya usah dikata, mahu sahaja dia sorokan wajahnya dalam beg di tangannya ini. Biar Amran tidak perasan rasa serba salahnya, rasa malunya yang terasa bagaikan berinci-inci sedang menempel di wajahnya kini. Rasa hangat di wajahnya usah dikata, bagaikan tanah gersang yang sudah merkah.

Amran membetulkan duduknya. Badannya disandar. Kenapa dengan dia sekarang. Perasaan apakah tadi yang asyik menari-nari di hatinya , mencambahkan benih-benih bunga yang memekar di jiwanya. Indahnya perasaan itu. Kenapa......? Tak mungkin dia......??? Ahh........segera dia meraup mukanya. Air yang masih berbaki di tangannya diteguk perlahan. Terasa sedikit resahnya hilang.

Mereka bagaikan hilang kata-kata. Masing-masing mendiamkan diri. Tiada lagi butir bicara yang mahu dituturkan. Semuanya bagaikan terpendam di jiwa , tiada kekuatan untuk memulakan semula sesi soal jawab yang tergendala. Nafas dihela perlahan, menenangkan hati dan jiwa yang sedang hebat berperang.

“Mas.....kat sini pun kau.” Suria yang muncul tiba-tiba mematikan lamunan Amran dan Mas. Amran tersenyum, Mas pula bagaikan orang yang baru tersedar dari lena yang panjang.

“Kenapa Su....bos cari ke?” Suria mengelengkan kepalanya. Matanya tajam merenung Amran di sebelah Mas.

“Kau buat apa kat sini Mas? Tak nak balik ke? Boleh pula kau lepak dengan orang tak guna ni.” Kata-kata Suria seperti bom menghancurkan hati Amran. Benci betul Suria pada lelaki ini, lelaki yang telah banyak menyusahkan kawan baiknya.

“Su..............” Mas mengenggam tangan Suria. Dia tahu perangai Suria. Kalau bab bergaduh atau perli memperli memang Suria juaranya . Perlahan Mas bangun dan mengosok bahu Suria. “Kau tunggu aku kat kereta, nanti aku datang.”

Suria berlalu meninggalkan Mas dan Amran. Kalaulah dia tidak memikirkan Mas, sudah lama dia memaki hamun Amran. Kenapalah Mas cukup sabar membiarkan semua ini.

“Maaf awak. Kawan saya tu memang macam tu, tapi hati dia baik. Saya balik dulu ye.” Tanpa kata Amran hanya melihat Mas yang melangkah meninggalkannya.

Baru beberapa langkah berjalan, Mas berhenti dan memusingkan badannya. Amran yang asyik memerhati langkah Mas tersentak bila melihat Mas berpatah balik ke arahnya.

Mas berdiri tegak di depan Amran. Tanpa disangka Mas menundukkan badannya. Mas mendekatkan hidungnya ke wajah Amran, terlalu dekat. Perlahan dia menarik nafas panjang, seakan menghidu sesuatu di situ. Amran terkedu, tidak tahu dan tidak menyangka apa yang sedang berlaku di depannya. Terasa putus nafasnya saat itu.

“Hhhmmm......wangi bau perfume awak ye. Tapi saya rasa kalau air kencing syaitan ni tak menemani awak pasti lagi wangi.” Mas mengambil minuman di tangan Amran. Perlahan dia mencurahkan minuman itu ke tanah. Licin tanpa berbaki sedikitpun, dan dikembalikan semula gelas ke tangan Amran.

Amran terkedu. Mas hanya tersenyum dan berlalu. Tapi seperti tadi sekali lagi langkahnya terhenti. Dia berpatah balik menghampiri Amran. Amran yang semakin panik cuba berlagak selamba memandang Mas di hadapannya.

Tanpa disangka Mas meraih tangan kanan Amran. Perlahan tangan itu disalaminya dan dikucup. “ Maaf....saya balik dulu. Assalamualaikum.”

“Walaikumussalam.” Amran menjawab perlahan. Matanya tidak lepas memandang lenggok Mas yang semakin hilang dari pandangannya. Dia terkedu tidak terkata. Terasa jantungnya seperti mahu gugur saat ini. Dia memandang gelas kosong di tangannya. Senyuman panjang melebar di bibirnya. Kepalanya digelengkan perlahan. Mimpikah dia tadi.

***jangan lupa tinggalkan komen ye kawan-kawan. Thanks.***

1 comment:

IVORYGINGER said...

best!!! best!!!
tkena amran ngan kata2 mas. hope cepat la sedar diri yea. he...