Sunday, October 10, 2010

BUKAN PINTAKU 4


Keretanya meluncur perlahan memasuki perkarangan hotel tempat Kas menginap. Kawannya itu sudah berada di Johor Bharu sejak tengahari tadi. Mas sudah berjanji untuk berjumpa Kas dan Suria di hotel ini selepas habis waktu bekerja. Jam sudah menunjukkan ke angka lapan malam. Dia sudah terlambat!!! Janjinya dengan Suria dan Kas tadi dia akan sampai sebelum pukul tujuh.

Ini semua gara-gara masalah di shipyard tadilah ni. Dahlah pelangannya itu banyak kerenahnya, perjalananya ke sini pula tersangkut dalam kesesakan jalan. Langsung tak bergerak-gerak. Sebuah lori kontena rosak kat tengah-tengah jalan. Betul-betul kat tengah-tengah jalan, menghalang perjalanan kenderaan lain. Kalau nak rosak pun tak boleh ke tunggu esok lusa. Menyusahkan betul!!! Mas mengomel sendiri.

Tanganya meraba-raba ke dalam beg tangan yang tersangkut di bahu, mencari telefon bimbitnya, mana tahu Suria atau Kas ada sms nombor bilik. Tangan kananya pula menjinjit beg kertas yang berisi pakaiannya, hajatnya ingin menumpang mandi bila sampai ke bilik Kas nanti. Akibat kesesakan jalan tadi, dia tidak sempat pulang ke rumah untuk mandi dan menukarkan pakaiannya. Nasib baik dia selalu membawa pakaian spare kat dalam keretanya. Tidak selesa pula rasanya hendak berjalan-jalan dengan badannya yang terasa melekit-lekit.

Matanya meliar ke seluruh ruang legar hotel, mencari-cari kelibat Suria. Suria telah sampai lebih awal daripadanya. “Kat mana pula la kau ni Su, kata nak jemput aku kat lobi. Dahlah aku tak tahu nombor bilik Kas ni.” Mas mendengus geram. Matanya terus menjelajah ke segenap ruang dengan harapan akan muncullah Suria di situ.

Bukkk!!!!! “Aduh.” Bahunya terasa sakit.

“ Maaf cik, saya tak sengaja. Saya nak cepat tadi, tak sangka pula cik tiba-tiba je lalu kat depan saya.” Amran segera meminta maaf tanpa berlengah. Menyedari salahnya tadi.

Mas mengangkat muka, memandang ke arah Amran. Mata mereka bertembung. Entah kenapa mereka leka seketika. Terasa seperti mereka saling mengenali. “Tak mungkin.” Desis hati masing-masing.

“Mas, kenapa ni?? Kau ok tak?” sapaan Suria segera menyedarkan Mas dan Amran. Entah dari mana pula datangnya Suria ni. Gara-gara mencari kau la tadi aku terbabas langgar lelaki ni. Mas memandang geram pada Suria dan segera pula dia memandang Amran.

“ Tak apa la encik. Saya pun minta maaf. Saya leka dengan handphone tadi. Berjalan tak tengok ke depan.”

“Okeylah kalau macam tu. Nampaknya kita sama-sama salah. Saya minta diri dulu. Maaf sekali lagi.” Terburu-buru Amran melangkah meninggalkan Mas dan Suria. Dia mengejar masa. Dia perlu mencari Linda.

Suria mencubit lengan Mas yang nampaknya seperti berangan. Memandang lelaki yang melanggarnya berlalu meninggalkan mereka.

“Adoi.....sakit la Su!! Apa main cubit-cubit ni”

“Padan muka kau. Yang kau asyik pandang mamat tu kenapa? Kau kenal dia ke?”

“Mengarut la kau ni Su, mana ada aku pandang dia, kenal pun tak. Tiba-tiba je dia terlanggar aku tadi.” Manalah aku kenal. Baru je tadi aku jumpa. Tapi kenapa aku rasa macam dah lama kenal lelaki tadi. Siapa dia?? Mas berbisik perlahan, cuba mengingati.

“Mas. Handsome juga mamat tu kan!!!! Rugilah aku tak sempat berkenalan.” Itulah Suria. Perangai gediknya memang tidak penah hilang. Sudah ada anak pun begitulah juga kerenahnya, tapi batasannya tetap dijaga. Sekadar suka-suka katanya.

“Hey....Su. Suami kau tu kau nak campak mana? Kau ni kan, kalau kambing tu dipakaikan baju kot pun aku rasa kambing tu pun kau kata handsome tau....”

“Hah......gila kau Mas. Kau samakan mamat tadi tu dengan kambing ke? “
“Kau......mana ada!!!!” tercetus ketawa riuh mereka berdua. Lucu bila terfikirkan rupa kambing yang memakai baju kot!

Amran yang belum jauh meninggalkan mereka berpaling apabila mendengar gelak Mas dan Suria. 'Apa yang lucunya? Aku buat lawak ke?' Dia membuang pandang pada kedua wanita itu.

Serentak itu jugalah ketawa Mas dan Suria terhenti. Hanya senyum lucu sahaja yang masih bersisa. Bimbang gelak mereka tadi akan mengundang marah dan salah faham lelaki itu. Juga malu bila perasan beberapa pasang mata pengunjung hotel lain terarah pada mereka.

Mas membongkok, mengambil beg kertasnya yang terlepas dari tangannya tadi.”Tu la Su, kau ni nak gelak pun agak-agak la. Malu tau.”

“ Yang kau buat lawak tu apasal?? Salahkan aku pula. Dahlah. Jom kita ke bilik Kas, dia tengah mandi tadi. Lama sangat tunggu kau.” Mas mengekori Suria yang sudah melangkah di hadapannya.

“ Kenapa kau lambat sangat sampai. Kau pergi mana?”

“Sorry la. Lepas lunch tadi kan aku ke shipyard, ada masalah kat sana. Dia orang complain pasal barang yang kita hantar minggu lepas.”

“Habis tu takkan la kau kerja sampai malam Mas? Dia orang tu tak balik rumah ke?”

“ Taklah. Aku sangkut kat highway tadi. Ada lori rosak. Macam la kau tak biasa.”

***********

Penat duduk mereka berdiri. Lenguh berdiri mereka berbaring di katil. Letih berbaring mereka bersila di lantai. Kering tekak untuk ketawa mereka tersenyum-senyum. Terasa seperti mereka masih di alam kampus. Bercerita dan bercerita kisah masing-masing. Sudah lama tidak bertemu, terasa satu malam tidak cukup untuk berkongsi semuanya.

“ Mas, Mak Jah tahu tak kau tidur sini malam ni?” sekadar untuk mengingatkan Mas, Suria cuba bertanya.

“ Tahu. Aku dah cakap semalam. Kat anak-anak aku pun aku dah cakap. Kas, kau tak nak ke rumah aku ke? Boleh jumpa anak-anak aku tu?” pelawa Mas bila Kas memandangnya.

“ Boleh juga. Nanti aku habis seminar ni aku singgah rumah kau. Agaknya dah besar Afia dan Afiq. Dah lama sangat aku tak tengok mereka. Kau sekarang macam mana Mas? Okey tak?” Kas memandang Mas di hadapannya. Masih dia ingat betapa teruknya keadaan Mas saat kehilangan Ilham dulu. Kematian Ilham yang tidak siapa menyangka. Tapi dia tahu, Mas tabah. Buktinya, Mas di hadapannya sekarang kelihatan lebih matang, lebih tabah.

“Rasanya aku okey. Macam yang kau semua tengok sekarang. Takkan aku nak terus hanyut macam dulu. Walau aku terus menyeksa diri, Ilham tetap tak kan kembali.” Terasa kelopak matanya mula panas. Pilu bila mengenangkan apa yang telah terjadi. “ Apa pun aku masih ada anak-anak. Kau tahu tak Kas, wajah Afiq saling tak tumpah seperti Ilham.” Air mata yang sudah mengalir disekanya perlahan. Dia mengukir senyum. Tidak mahu kenanganya menganggu keseronokan mereka sekarang.

Suria dan Kas saling memandang. Akhirnya mereka memeluk Mas. Berharap Mas akan terus tabah. Terus bersemangat dan melupakan semua kesedihannya. Sakit Mas, sakit jugalah mereka.

“Eeeiiii....... Busuk!” Suria menutup hidungnya. Cuba mengembalikan suasana ceria antara mereka.

“Kau.......memang tak sayang mulut!!” satu cubitan mendarat di mulut Suria. Mencetuskan ketawa riuh antara mereka.

“Dah lah. Aku tumpang mandi ye Kas. Kita nak keluar makan kan?” Mas berlenggang ke bilik air. Membiarkan Kas dan Suria meneruskan tawa mereka.

“Mas. Kita orang tunggu kau kat bawah nanti. Nak jalan-jalan ambil angin sekejap. Nanti kau turun la. Boleh tak?” suara Kas kedengaran sebaik sahaja pintu bilik air ditutup.

“Okey..... Aku mandi sekejap je. Pergilah.....”

***********

“Apa ni Linda!!! Kau jangan jadi gila.” Amran menolak Linda yang sudah duduk di ribanya. Aneh.... Linda sedang cuba mengodanya. Dia ke sini hanya ingin meminta maaf, tidak mahu persahabatannya antara Linda putus hanya kerana salah faham. Entah kenapa, Linda memintanya datang ke hotel ini, ke bilik ini . Dan dia pula tanpa banyak soal terus sahaja ke sini. Rasa sesal pula mengikut sahaja kata-kata Linda tadi.

“ I sayangkan you Am. I nak kahwin dengan you. I janji I akan jadi isteri yang baik.” Tangan Linda terus merayap ke seluruh tubuh Amran. Dia nekad, Amran tidak boleh lepas hari ini. Sudah lama dia merancang, impiannya hari ini pasti terlaksana.

Amran menolak keras tubuh Linda yang sedang menghimpitnya. Dia bangun terus melangkah. Namun Linda lebih cekap, langkahnya dihalang. Satu ciuman mendarat ke pipinya. Amran terkedu, tidak menyangka Linda seberani ini. Tidak.......dia harus waras. Sekali lagi tubuh Linda ditolak sehingga terduduk. Dia tidak boleh terus berada di sini. Langkahnya dipercepatkan ke muka pintu.

Saat pintu bilik Linda dihempas kuat matanya menangkap kelibat dua wanita yang baru keluar dari bilik sebelah. Seperti ditarik-tarik dia terus menolak pintu bilik yang tidak sempat tertutup, berhati-hati tanpa disedari mereka. “ Lega.....” Dia berbisik sendiri apabila dirasakan bilik itu kosong. Dia masih mempunyai masa bersembunyi di sini sebelum pemiliknya pulang. Itu sahaja yang mampu difikirkan saat itu. Dia akan keluar dari sini bila yakin Linda tidak mengejarnya lagi.

Badannya direbahkan ke katil. “Ini memang kerja gila....” desis hatinya. Dia bordoa, janganlah pemilik bilik ini berpatah balik. Kalau tidak dia memang mencari nahas!! Matanya dipejamkan tapi sepantas itu jugalah telinganya menangkap bunyi pintu bilik air dibuka. Terpacul seorang wanita yang hanya berkemban memakai tuala di situ.

“Eh......awak siapa? Kenapa awak ada kat sini?” merah padam muka wanita di depannya ini. Mungkin terkejut bila melihat dia terbaring di katil.

Bagaikan terkena kejutan elektrik, Amran terus berdiri. “Maaf........saya tak sengaja. Saya boleh terangkan......Tolong jangan bising-bising.” Separuh merayu dia bersuara.

“Tapi.......” sebelum sempat Mas berkata terdengar ketukan di pintu bilik. Dia terus mencapai selimut dan menutup badannya.

Amran mengelabah. Siapa tu?? Linda atau wanita yang keluar tadi. Dia memandang wanita di depannya, selimut sudah menutup seluruh tubuhnya. Hanya mukanya sahaja jelas menampakkan dia sedang ketakutan. Mungkin takutkan dirinya yang tiba-tiba muncul di sini. Ketukan masih bertalu-talu di pintu. “Mungkin kawan saya atau kawan awak.” Amran bersuara. Dia melangkah untuk membuka pintu. Dia akan tinggalkan bilik ini sekarang. Nampaknya usahanya sia-sia.

“Assalamualaikum.” Berdiri beberapa lelaki berkopiah di hadapannya. Mukanya pucat. Terasa seluruh darahnya beku. Dipandangnya wanita tadi yang sudah terduduk di lantai bilik. Semakin jelas ketakutan di wajah itu. Lututnya rasa mengigil.

“Kami tak salah encik.” Amran dan Mas cuba membela diri. “Kami tak buat apa-apa pun.” Tangisan Mas sudah tidak dapat ditahan lagi.

“Saya tak kenal siapa lelaki ni encik. Saya tak tahu macam mana dia ada kat bilik ni.” Dalam tangisannya yang cuba ditahan,Mas cuba mempertahankan dirinya. Tidak sanggup menanggung aib yang sudah ada di depan mata.

“ Betul encik. Saya tak sengaja masuk ke sini. Saya ingatkan bilik ni kosong. Ini semua salah faham.” Seboleh mungkin Amran cuba menyakinkan. “ Kalau saya tahu ada orang tak mungkin saya masuk encik, kami tak salah.”

“Maaf la. Dalam keadaan pakaian kamu yang tidak terurus ni macam mana kami nak percaya. Dan kesan lipstik di pipi kamu tu, takkan boleh muncul sendiri.” Lelaki yang agak berumur dari yang lain bersuara sambil tangannya menunjuk ke pipi Amran. Menafikan pengakuan tidak bersalah Mas dan Amran.

Amran meraba pipinya. “Lipstik......” Akhirnya dia juga turut terduduk. Apa lagi yang perlu dinafikan. Lipstik daripada ciuman Linda tadi terus menjeratnya. Dipandang dirinya sendiri, jelas bajunya berserabut, tali pinggangnya hampir terlondeh, tidak sempat dibetulkan semasa melarikan diri tadi. Dipandangnya semula ke arah wanita tadi, masih berkemban dengan hanya selimut di luar. Menjadikannya kelu untuk terus menyatakan kebenaran. Tidak mungkin ada yang akan mempercayai mereka.



Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Dunianya terasa gelap. Apa yang akan terjadi. Mana nak diletakkan mukanya. Malunya bukan kepalang. Sesal pula rasanya kerana datang ke sini. Sesal lagi bila mengingatkan anak-anaknya di rumah. Tapi dia tak salah!! Lelaki di depannya yang patut dihukum. Bukan dia!! Dia tidak kenal lelaki itu. Kenapa pula hanya kerana kesilapan lelaki itu dia menjadi mangsa?? Tanpa sedar tangannya menampar lelaki didepannya. Tapi cepat pula dia tersedar dan melangkah menjauhi. Menyambung tangisnya yang sudah tidak berguna.

Pedih pipinya. Tapi sakit lagi hatinya mengenangkan Linda. Linda punca semua ini. Pelahan-lahan dia menghampiri wanita yang langsung tidak dikenalinya itu. “Maaf......Saya tak sangka boleh jadi begini.Kita tak salah, awak jangan bimbang.” Dia cuba menenangkan. Berharap tangisan wanita itu akan berhenti.

“ Maaf awak tak boleh ubah apa-apa pun. Siapa yang nak percaya kita. Siapa nak percayakan saya.” Mas bersuara perlahan. Matanya dipejamkan, tidak sanggup memandang wajah-wajah di depannya. Malu dan sesalnya bukan kepalang. Terasa hidupnya bakal musnah. Musnah hanya kerana lelaki asing yang muncul tiba-tiba. Muncul bersama segala persoalan yang tidak mampu dijawabnya. “Aku redha ya Allah...................” Seboleh mungkin Mas cuba menenangkan dirinya. Dia tidak bersalah, dia mesti berani. Lelaki di depannya dipandang. Wajah gelisah lelaki itu amat menyakitkan hatinya. Siapa lelaki ini sebenarnya.........

1 comment:

Naniey TJ said...

tq sbb sudi singgah d blog nani.....
nani hrp ainul dpt jd pnulis yg baik......